TAHUKAH ANDA!!!

Pencemaran udara juga boleh berlaku di dalam rumah.

Pencemaran udara bukan berlaku pada udara luaran tetapi juga berlaku pada udara dalaman. Tambahan pula, kesan pencemaran udara dalaman lebih menudaratkan kesihatan manusia berbanding pencemaran di luar. Kualiti udara dalaman merujuk kepada sifat fizikal,kimia dan biologi udara dalaman yang terdapat di dalam rumah,bangunan,institusi atau tempat komersial.


Bagaimana?

1. Asap rokok boleh membawa kesan ketara kepada mereka yang berada sekeliling orang yang merokok termasuklah ketidakselesaan pada bahagian mata,hidung,kerongkong,asma atau merosakkan funsi paru-paru.


2.Barangan harian seperti lingkaran ubat nyamuk,colok.Asap keduanya mempunyai unsur logam berat yang boleh mendap di dalam sistem pernafasan.Penggunaan jenis kayu arang dan pemanas air gas akan menyebabkan kerengsaan pada bahagian mata,tekak,hidung,jantung dan boleh mengakibatkan barah paru-paru.


3. Pencemaran biologi,termasuklah debunga daripada tumbuhan,rambut atau bulu dari binatang peliharaan contohnya kucing,kulat parasit dan sesetengah bakteria(jikalau pembaca semua masih ingin bagaimana sebuah hospital di Sg Petani kalu tidak silap saya terpaksa dibekukan perkhidmatannya kerana terdapat jangkitan kulat di bahagian bilik bedahnya).Kebanyakan bahan ini boleh menyebabkan alergi dan mampu menyebabkan asma atau demam.


4. Formaldehid- gas yang terbebas daripada permaidani,papan dan sebaginya di lantai yang boleh mengganggu keselesaan pada mata,hidung dan alergi pada sesetengah orang.


5.Radon- sejenis gas semulajadi terbebas daripada tanah akibat pengudaraan yang kurang sesuai pada struktur rumah pada zaman sekarang seperti rumah taman.


6. Pencemaran bahan kimia beracun contohnya seperti wangian,sabun atau sebaginya yang turut menyebabkan gangguan terutamanya pengidap asma.





Apa yang boleh kita lakukan?

1. Menjaga kebersihan rumah atau ruang sesebuah bangunan


2. Meningkatkan kecekapan sistem pengudaraan tingkap,penghawa dingin,kipas dan pintu.


3. Membuka tingkap dan pintu ketika memasak atau semasa menggunakan lingkaran ubat nyamuk


4.Menjauhi sumber pencemaran yang boleh menyebabkan alergi(alahan)


oleh itu....jgalah kesihatan anda.